Mayat pemandu e-hailing ditemukan

No Image Caption
A
A
A

BENTONG - Mayat seorang pemandu e-hailing yang dikhuatiri lemas selepas mandi di Air Terjun Chamang malam tadi ditemukan hari ini.

Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2, Penguasa Bomba, Rosdi Mustafa berkata, mayat mangsa, Wan Khairul Amirin Rojiham, 25, ditemukan Pasukan Menyelamat Di Air (PPDA) kira-kira jam 9.34 pagi.

"Mayat mangsa ditemukan di celah air terjun oleh pasukan penyelamat yang melakukan pencarian hari ini kira-kira 15 meter dari kawasan dilaporkan hilang.

Mayat mangsa diusung selepas ditemui pada jam 9.34 pagi tadi. FOTO: IHSAN BOMBA
Mayat mangsa diusung selepas ditemui pada jam 9.34 pagi tadi. FOTO: IHSAN BOMBA

"Mayat mangsa tersangkut pada batu sedalam satu meter di kawasan yang mempunyai kedalaman kira-kira dua meter itu," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam tadi, mangsa dilaporkan hilang dibawa arus ketika mandi di pusat rekreasi bersama tiga rakannya dan gagal diselamatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dikhuatiri lemas di Air Terjun Chamang

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!