Masyarakat kurang tahu stesen minyak tawar bantuan kecemasan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SANDAKAN - Kurang 10 peratus daripada masyarakat di seluruh negara mengetahui peranan stesen minyak sebagai pusat memohon bantuan kecemasan.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Selven A/L Tharmalingam berkata stesen minyak berkenaan telah diupayakan melalui program "Go To Safety Point" (GTSP) sejak 2013 kerana lebih dekat dengan masyarakat sebagai pusat sehenti untuk masyarakat memohon bantuan kecemasan.

"Bagaimanapun, keberkesanan program ini perlu diteliti semula. Selain kurang diketahui masyarakat, PDRM juga mendapati ada kekangan dalam melatih staf stesen minyak yang sentiasa berubah.

"Program ini sebenarnya bagus kerana ia menekankan kerjasama polis dengan masyarakat," katanya kepada pemberita ketika melawat sebuah stesen minyak yang terlibat dengan program itu di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Polis Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin.

Menurut Selven, program itu bertujuan untuk mengupayakan stesen minyak sebagai pusat sehenti untuk memberi perlindungan kepada mangsa sama ada dalam kes jenayah atau kemalangan sementara pihak stesen minyak menghubungi polis atau ambulans untuk tindakan lanjut.

Pengusaha stesen minyak juga telah dilatih oleh polis untuk memberi kaunseling dan menenangkan mangsa yang mendapatkan perlindungan sementara di stesen minyak.

Katanya, terdapat lebih kurang 3,000 stesen minyak yang berdaftar dengan PDRM dan terlibat dengan GTSP dengan 193 stesen minyak di seluruh Sabah.

Artikel Berkaitan:

Pada lawatan itu, Selven menyampaikan risalah mengenai GTSP kepada orang awam di stesen minyak berkenaan.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!