Kegiatan persundalan di sebalik spa, rumah urut

Antara yang ditahan dalam serbuan di premis spa dan pusat urut di Subang Jaya dan Seri Kembangan, malam tadi.
Antara yang ditahan dalam serbuan di premis spa dan pusat urut di Subang Jaya dan Seri Kembangan, malam tadi.
A
A
A

SUBANG JAYA - Taktik kegiatan persundalan yang berselindung di sebalik premis spa dan pusat urut berjaya dibongkar Jabatan Imigresen Selangor dalam serbuan berasingan di daerah ini dan Seri Kembangan, malam tadi.

Pembongkaran itu dibuat kira-kira jam 9.30 malam tadi membabitkan tiga premis.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, dalam serbuan yang tamat kira-kira jam 1 pagi itu, seramai 45 orang membabitkan dua lelaki tempatan dan 43 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 39 wanita berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun.

Menurutnya, berdasarkan pecahan, Vietnam (19), Indonesia (16), Thailand (5) dan Bangladesh (3).

"Di lokasi pertama, seramai 20 orang warga asing dan dua warga tempatan ditahan hasil serbuan di dua premis pusat urut di Subang Jaya.

"Semasa tiba di premis, anggota operasi terpaksa bertindak memecah pintu besi magnet yang cuba dikunci penjaga premis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara yang ditahan dalam serbuan di premis spa dan pusat urut di Subang Jaya dan Seri Kembangan, malam tadi.
Antara yang ditahan dalam serbuan di premis spa dan pusat urut di Subang Jaya dan Seri Kembangan, malam tadi.

Shukri berkata, operasi seterusnya membawa serbuan sebuah premis spa dan pusat urut di tingkat bawah sebuah pusat beli-belah di Seri Kembangan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, tindakan pantas anggota operasi mengepung lebih awal dan menyerbu premis itu telah berjaya menghalang kesemua pengunjung dan pekerja yang berada di premis daripada melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan terhadap 50 orang pekerja dan pengunjung yang terdiri dari warga asing dan warga tempatan. Seramai 23 orang warga asing dipercayai bekerja di premis sebagai tukang urut," katanya.

Tambahnya, siasatan awal juga mendapati terdapat kegiatan seks yang dipercayai ditawarkan wanita warga asing terbabit dengan kadar bayaran tertentu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!