Tujuh nyawa nyaris melayang

Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sepang - Salak hari ini.
Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sepang - Salak hari ini.
A
A
A

SEPANG - Tujuh cedera dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Sepang - Salak di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Sha'riat berkata, kejadian bermula apabila sebuah kereta Perodua Myvi datang dari arah pekan Salak menghala Sepang hilang kawalan.

"Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki itu kemudiannya terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Mercedes Benz .

"Dalam masa sama sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah motosikal melanggar di tepi dan belakang kereta Mercedes tersebut akibat tidak sempat mengelak," katanya.

Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sepang - Salak hari ini.
Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sepang - Salak hari ini.

Menurutnya, kemalangan mengakibatkan tujuh mangsa cedera termasuk pemandu Myvin berkenaan.

"Selain itu, pemandu dan penumpang Mercedes dan Proton Saga serta penunggang dan pembonceng motosikal juga cedera dan mereka dibawa ke Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban untuk dirawat.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!