Polis Israel belasah pengawal Masjid al-Aqsa
BAITULMAQDIS - Polis Israel menyerang dan mencederakan seorang pengawal keselamatan Masjid al-Aqsa, lapor agensi berita Roya.
Muhannad Idris dipukul sebelum ditahan berhampiran Bab al-Rahmah dan dibawa ke satu lokasi untuk disoal siasat.
Insiden itu berlaku pada pagi Sabtu lalu ketika polis mengiringi sekumpulan besar pendatang Yahudi menceroboh kompleks Masjid al-Aqsa.
Saksi berkata, mangsa diserang selepas menegur tindakan beberapa pegawai yang memecah masuk ke dalam kawasan Bab al-Rahma tanpa membuka kasut.
"Idris cuma meminta mereka membuka kasut. Tetapi mereka enggan, sebaliknya terus membelasah mangsa," kata saksi.
Ketegangan dijangka berlaku di sekitar Masjid al-Aqsa pada Ahad ini ketika penduduk Palestin menyambut Hari Raya Aidiladha.
Pada hari tersebut, ratusan pendatang Yahudi menyerbu kawasan suci ketiga umat Islam itu bagi melakukan ritual keagamaan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!