Ampang Jaya BC kejutkan Puchong United

Kento Momota menggamatkan penyokong yang hadir dengan menunjukkan persembahan bertenaga ketika menang ke atas Lee Cheuk Yiu, 3-0 (11-8, 11-4, 11-4), semalam.
Kento Momota menggamatkan penyokong yang hadir dengan menunjukkan persembahan bertenaga ketika menang ke atas Lee Cheuk Yiu, 3-0 (11-8, 11-4, 11-4), semalam.
A
A
A

JUARA bertahan SS Purple League (SSPL), Kelab Badminton (BC) Puchong United menerima tamparan awal setelah dibedil 9-6 Ampang Jaya BC dipimpin Ho Khek Mong di Gem In Mall malam semalam.

Kemenangan ketiga berturut-turut diraih Ampang Jaya selepas mengatasi Petaling BC dan Kepong BC sebelum ini dimulakan Kento Momota menggamatkan penyokong yang hadir dengan persembahan bertenaga untuk menang mudah ke atas Lee Cheuk Yiu, 3-0 (11-8, 11-4, 11-4).

Ampang Jaya BC terus melebarkan penguasaan dalam acara perseorangan wanita apabila Goh Jin Wei pula mempamerkan bisa dengan menundukkan pemain Puchong United BC yang juga rakan sepasukannya dalam skuad negara, Ho Yen Mei 3-0 (11-7, 11-7, 11-3).

Bagaimanapun Puchong United BC bangkit mengejar kedudukan menjadi 3-6 setelah apabila menguasai acara beregu lelaki menerusi Tan Boon Heong- Teo Ee Yi menang 3-0 (11-9 11-7 11-8) ke atas Lim Tze Jian- Lukhi Apri Nugroho.

Puchong United BC terus bangkit apabila menyamakan kedudukan 6-6 dalam acara beregu campuran menerusi gandingan Goh Liu Ying- Tang Chun Man menewaskan pasangan Ampang Jaya BC, Chan Peng Soon- Shevon Lai Jemie 3-0 (11-9 11-9 11-10).

Goh Jin Wei juga menundukkan pemain Puchong United BC yang juga rakan sepasukannya dalam skuad negara, Ho Yen Mei 3-0 (11-7, 11-7, 11-3).
Goh Jin Wei juga menundukkan pemain Puchong United BC yang juga rakan sepasukannya dalam skuad negara, Ho Yen Mei 3-0 (11-7, 11-7, 11-3).

Ampang Jaya BC bagaimanapun melaungkan amaran kepada pasukan lain musim ini apabila pemain perseorangan lelakinya, Tan Jia Wei mempamerkan aksi memukau untuk menafikan kebangkitan Puchong United selepas menumbangkan Goh Giap Chin, 3-0 (11-5, 11-7, 11-7) sekaligus memberikan kemenangan mutlak Ampang Jaya BC.

Pengurus Ampang Jaya BC, Ho Khek Mong berkata, “Perlawanan tadi adalah satu perlawanan yang sungguh menarik dan pastinya menggembirakan pasukan kami kerana ini adalah kemenangan ketiga yang berjaya diraih. Kita menghadapi tiga aksi yang sangat getir di awal saingan SSPL musim ini.

Artikel Berkaitan:

“Mendapatkan tiga kemenangan ke atas pasukan- pasukan kuat ini (Kepong BC, Petaling BC dan Puchong United BC) adalah satu kejutan awal kami. Apapun selepas ini saya perlu terus bersedia kerana pasukan lain pastinya akan menyediakan pemain mantap menghadapi kami,” kata Khek Mong.

Dalam satu lagi aksi yang berlangsung lebih awal tadi, Kepong BC juga meraih kemenangan selepas menewaskan Petaling BC 10-8 dalam perlawanan sengit di Gem In Mall.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!