Akta Kawalan Tembakau dikemuka kepada Pejabat Peguam Negara
KUALA LUMPUR - Akta Kawalan Tembakau yang sedang dirangka Kementerian Kesihatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada hujung bulan ini, sebelum ia dibentangkan kepada Kabinet awal tahun depan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, akta baharu itu yang lebih holistik dan komprehensif turut merangkumi produk seperti rokok elektronik, vape dan shisha.
"Kami memandang serius perkara ini... namun isu kawalan dan banteras e-cigarettes bukan segalanya oleh Kementerian Kesihatan, ia bidang kuasa Jabatan Kastam,” katanya selepas merasmikan Kongres Persatuan Urologi Asia ke-17 di sini hari ini.
Dr Dzulkefly mengulas mengenai kenyataan sebuah firma tembakau yang menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas untuk membanteras perdagangan rokok dan vape haram yang menyebabkan kerajaan kerugian kutipan hasil cukai sebanyak RM6 bilion setahun. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!