Taawun Pas buka peluang berdakwah

Ahmad Fadzli (dua dari kanan) menerima kunjungan Ananthan.
Ahmad Fadzli (dua dari kanan) menerima kunjungan Ananthan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Konsep taawun disifatkan mampu membuka ruang lebih luas kepada Pas untuk meraikan konsep kepelbagaian kaum di negara ini, di samping mengembangkan dakwah kepada pemimpin bukan Islam.

Yang Dipertua Pas Sungai Petani, Ahmad Fadzli Hashim berkata, melalui kehadiran Pengerusi MIC Kedah, Senator Datuk Dr S Ananthan dari MIC sempena kunjungan muhibah, ia turut memberi peluang kepada Pas bersikap lebih optimis bahawa parti itu sangat terbuka menerima tetamu berlainan bangsa dan agama.

Menurutnya, ia juga membuktikan bahawa kepimpinan parti Islam tidak pernah menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk bukan Islam.

"Konsep bertaawun dengan semua kaum termasuk India merupakan satu peluang yang lebih baik bagi membuka ruang untuk melebarkan jaringan dakwah dengan kepelbagaian latar belakang kepimpinan serta meraikan asas kemajmukan dalam sebuah negara demokratik," katanya.

Dalam pertemuan antara kepimpinan MIC dan Pas di pusat pendidikannya di Maahad Assafwah Lilbanat, Sungai Petani, Ahmad Fadzli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka secara jelas menyatakan ketegasan beliau berkaitan prinsip, pendirian serta hala tuju Pas khususnya berkaitan Islam dalam pembinaan negara bangsa berteraskan Islam.

Pertemuan berlansung secara harmoni melibatkan kepimpinan MIC dan Pas negeri.
Pertemuan berlansung secara harmoni melibatkan kepimpinan MIC dan Pas negeri.

Beliau menjelaskan, pengisian ajaran Islam di hadapan kepimpinan khalayak bukan Islam juga merupakan satu penekanan kepada aspek teladan melalui kepimpinan agar menjadi ikutan kepada masyarakat yang dipimpin.

"Perkembangan yang positif ini membuktikan bahawa imej radikal yang dijaja oleh pihak musuh terhadap Pas oleh pengkritik parti adalah satu persepsi tidak benar dan tersasar jauh daripada kebenaran.

Artikel Berkaitan:

"Pertemuan yang berlangsung dalam suasana sangat harmoni ini akan menjadi satu kebangkitan dan permulaan kepada penerimaan masyarakat bukan Islam untuk mendekati serta memahami ajaran Islam secara tidak langsung," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!