Pemilik forum haluan kanan berang

Laman forum sembang itu ditutup kerana didakwa menyebarkan mesej kebencian.
Laman forum sembang itu ditutup kerana didakwa menyebarkan mesej kebencian.
A
A
A

MANILA - Pemilik forum sembang 8chan yang berpusat di Filipina menyifatkan tindakan menutup laman web miliknya atas alasan ia menjadi platform mesej kebencian yang dikaitkan dengan insiden serangan tembakan di Amerika Syarikat (AS) sebagai perbuatan ‘pengecut’.

“Kami adalah sebuah syarikat bebas yang menawarkan tempat untuk anda menulis apa sahaja pandangan anda tanpa perlu bimbang sama ada ia menyinggung perasaan pihak lain atau tidak,” ujar Jim Watkins.

Watkins yang berang dengan penutupan itu menegaskan 8chan tidak melanggar undang-undang dan usaha untuk menutup laman tersebut adalah sebahagian daripada ‘kuasa penyatuan’ internet oleh beberapa syarikat yang kuat seperti dihadapi stesen TV dan radio generasi sebelum ini.

“Tindakan ini menghalang orang ramai untuk menyampaikan mesej mereka,” katanya merujuk kepada laman tersebut yang menjadi platform kepada ekstremis berhaluan kanan, pembenci golongan wanita dan ahli teori konspirasi.

Suspek kulit putih yang terlibat dalam insiden ganas di di El Paso, Amerika Syarikat dilaporkan berkongsi manifesto yang mengutuk ‘pencerobohan Hispanik’ menerusi 8chan sebelum dia melancarkan serangan yang meragut 22 nyawa pada Sabtu lalu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!