Lelaki warga emas ditemukan rentung

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan tujuh buah rumah separuh kekal di Kampung Lembising, Putatan, dekat sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Sarulai Ompoit@Jimmy, 83, ditemui di salah sebuah rumah berkenaan yang telah musnah terbakar.

"Pusat operasi menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 2.53 petang sebelum sepasukan 20 anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kebakaran.

"Kebakaran kemudiannya berjaya dikawal pada jam 4.33 petang," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan oleh Bahagian Forensik Bomba. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!