Saintis UPM cipta Peptida Antibeku
SEORANG saintis Universiti Putra Malaysia membuka lembaran sejarah baharu dalam industri sejuk beku makanan dan perubatan dunia apabila berjaya menghasilkan satu inovasi dinamakan Peptida Antibeku.
Teknologi itu kata Prof Dr Mohd Basyaruddin Abdul Rahman telah dihasilkan pada satu jangka masa yang agak lama iaitu bermula pada tahun 2006 hingga 2015.
Durasi panjang yang diambil tidak sia-sia apabila rekaan berkenaan memperoleh pelbagai anugerah.
Peptida Antibeku antara lain berupaya memastikan sesuatu makanan seperti daging dan penyimpanan organ manusia dapat disejuk bekukan pada hayat yang lebih lama di samping mengekalkan tahap kesegaran secara maksimum.
Menariknya, inovasi sentuhan Dr Mohd Basyaruddin dan pasukannya berjaya mencuri tumpuan pemain industri makanan di Jepun.
Kepada wartawan e-Trend, ARZIANA MOHMAD AZAMAN, saintis berkenaan menghuraikan lebih lanjut tentang Peptida Antibeku yang dihasilkan dalam bentuk serbuk dan cecair dengan lebih terperinci.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!