Keluarga bersedih, trauma kehilangan Nora Anne

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Ahli keluarga warga Ireland, Nora Anne Quorin,15, yang hilang di sebuah resort di Pantai di sini, sejak Ahad lalu mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pasukan keselamatan serta orang ramai yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan di Facebook Lucie Blackman Trust yang merupakan sebuah perbadanan amal yang menguruskan hal ehwal berkaitan media untuk keluarga mangsa.

Dalam kenyataan itu keluarga berkenaan berkata yang mereka masih bersedih dengan kejadian itu dan berharap semua pihak akan terus membantu serta menyokong usaha mencari Nora Anne.

"Terima kasih kepada pihak polis dan pasukan SAR untuk segala bantuan sepanjang kami berhadapan detik hitam ini.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kedutaan, komuniti setempat, pekerja hotel dan orang ramai yang turut membantu.

"Kami juga terharu dengan segala sokongan yang diberikan. Kejadian ini sangat traumatik," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Selain itu kenyataan itu juga menyebut, ibu bapa mangsa Sebastien (Quoirin) dan Meabh (Qouirin) masih terlalu sedih untuk mengulas mengenai insiden itu.

"Keluarga kami tidak boleh menghadapi perkara ini buat masa ini. Namun kita harus terus percaya.

Artikel Berkaitan:

"Kami berharap semua pihak akan terus menyokong dan membantu usaha mencarinya. Nora masih hilang dan kita perlu lakukan segalanya untuk pastikan dia selamat pulang," katanya.

Nora Anne sebelum ini dilaporkan hilang ketika menginap di sebuah resort di Pantai di sini bersama keluarganya Ahad lalu.

Bagaimanapun, operasi SAR yang memasuki hari keempat hari ini masih gagal mengesan mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: 72 jam berlalu, Nora Anne masih belum ditemui

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!