Gatsby lebih kemas, elegan

DEXTER (tengah) ketika melancarkan varian terbaharu Gatsby di Sunway Pyramid, Subang Jaya baru-baru ini.
DEXTER (tengah) ketika melancarkan varian terbaharu Gatsby di Sunway Pyramid, Subang Jaya baru-baru ini.
A
A
A

MAHU gaya rambut lebih kemas dan elegan? Gatsby ada jawapannya.

Empat varian terbaharu dalam rangkaian Dressing Pomade kini menawarkan pelbagai trend gaya terkini buat sang teruna untuk digayakan dengan fesyen outfit of the day (OOTD) harian atau ke pejabat.

Menurut Presiden Mandom Malaysia, Dexter Lee, Dressing Pomade terdiri daripada varian Ultimate Lock, Upper Hold, Classical Tight dan Yuppie Mat.

“Kesemuanya menawarkan gaya rambut lelaki yang kemas apabila disisir ke belakang,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Gatsby Dressing Pomade Ultimate Lock di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Ujar Dexter lagi, bagi yang mahu tampak segak sekelip mata, pengguna boleh cuba varian Ultimate Lock terkini dengan gaya rambut lebih kukuh dan tahan lama selain memperlihatkan sisi yang kemas dan menarik.

“Sementara varian Upper Hold pula lebih ideal untuk ciptaan gaya pompadour dengan efek maya.

“Classical Tight pula untuk belah sisi klasik dan Yuppie Mat bagi gaya sisi dengan kemasan matte,” katanya.

Sesuai untuk kegunaan harian, formula berasaskan air Dressing Pomade menjadikan produk itu mudah untuk dibersihkan selain sifat penghidratan dan intipati botani yang membantu mencegah kekeringan dan hujung rambut bercabang, kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Dexter menambah, acara Gatsby itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dalam kalangan pengguna kerana trend gaya rambut yang unik sekali gus memenuhi keperluan lelaki.

“Lelaki hari ini lebih sedar dan gaya rambut memainkan peranan penting dalam penampilan mereka.

Dengan acara ini, pelanggan kami juga dapat mempelajari teknik penggayaan dan mencuba sendiri produk yang bersesuaian dengan mereka.

“Sempena pengenalan varian tersebut, Gatsby menjadi tuan rumah dengan kerjasama Watsons untuk menawarkan pengalaman hebat secara eksklusif lelaki sahaja yang berusia 20-an hingga 40-an,” ujarnya.

EMPAT varian Ultimate Lock, Upper Hold, Classical Tight dan Yuppie Mat itu dijual dengan harga RM29.90 setiap satu.
EMPAT varian Ultimate Lock, Upper Hold, Classical Tight dan Yuppie Mat itu dijual dengan harga RM29.90 setiap satu.



GATSBY

  • Jenama Gatsby diwujudkan di Jepun pada tahun 1978.
  • Gatsby dihasilkan Mandom Corporation yang mengeluarkan produk kecantikan dan kosmetik sejak tahun 1927.
  • Nama Gatsby diambil selepas Presiden Hikoji Nishimura membaca The Great Gatsby oleh F. Scott Fitzgerald.
  • Produk itu pada asalnya digunakan untuk keperluan penggayaan rambut lelaki di Jepun sejak tahun 1978.
  • Rangkaian Gatsby Dressing Pomade dijual pada harga RM29.90 (80gram) setiap satu.
  • Empat varian Ultimate Lock, Upper Hold, Classical Tight dan Yuppie Mat itu boleh didapati di semua Watsons seluruh negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!