Kapal Umno masih ada arah tuju

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Walaupun diibaratkan bahtera yang bocor, namun Umno tetap istiqamah dengan perjuangannya demi rakyat, bangsa dan juga agama.

Ketua Pemuda Umno Negeri, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, Pemuda selaku kelasi-kelasi dalam kapal akan terus menyelamatkan bahtera keramat itu demi perjuangan ke destinasi yang sama.

“Para kelasi mempunyai tugasan khas. Ada yang perlu membuang kayu-kayu lama. Ada yang perlu membaiki tiang layar. Ada yang perlu menampal bocor.

“Pada masa sama, kami juga sedang menyiapkan meriam untuk berperang ketika musuh sedang leka memerhatikan kononnya bahtera kami akan musnah,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keengganan Pas untuk bergabung dengan Umno kerana parti itu ibarat bahtera yang telah bocor.

Noor Hariri berkata, dugaan yang dihadapi Umno adalah kelebihan Umno.

“Inilah yang kami ada kelebihan strategi tanpa lawan sedar,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!