Taska dalam kem tentera terbakar
KUALA LUMPUR - Sebuah taska di Kem Tentera Batu Kentomen yang menempatkan 19 kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun di sini terbakar pagi tadi.
Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mustaqiim Annuar, taska itu terbakar kira-kira jam 7 pagi tadi disedari seorang guru yang baharu tiba di taska tersebut.
Menurutnya, sewaktu guru berkenaan membuka pintu taska bahagian kelas itu dipenuhi asap dan terbakar pada bahagian rak TV.
"Api dipadamkan oleh Pasukan Bomba Tentera Darat sebelum dilaporkan ke pusat gerakan gerakan operasi Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi.
"Tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat Gombak Selatan ke lokasi sebaik dimaklumkan kejadian. Kebakaran melibatkan unit berkeluasan 400 kaki persegi di mana 80 peratus taska itu terjejas," katanya.
Katanya, tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut dan punca kejadian masih disiasat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!