Pejabat JPN seluruh negara ditutup Sabtu ini sempena Aidiladha
PUTRAJAYA - Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara akan ditutup Sabtu ini (10 Ogos) sempena cuti umum sambutan Aidiladha pada 11 Ogos.
JPN dalam satu kenyataan hari ini berkata orang ramai boleh hadir ke pejabat JPN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran sekiranya terdapat sebarang urusan pendaftaran pada tarikh tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat JPN Putrajaya di talian 03-8880 7077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!