Belanjawan 2020: Rakyat dipelawa salur cadangan di laman web khas

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

PUTRAJAYA - Orang ramai dipelawa untuk menyumbang cadangan masing-masing bagi penyediaan input Belanjawan 2020 secara dalam talian di laman web khas - belanjawan2020.treasury.gov.my mulai esok sehingga 11 September ini.

Belanjawan 2020 tersebut akan dibentangkan pada 11 Oktober ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini bagi membolehkan semua lapisan masyarakat turut sama terbabit mengemukakan pandangan selaras dengan usaha kerajaan membina negara dan mensejahterakan rakyat.

"Rakyat boleh menggunakan pelbagai saluran untuk berkongsi input atau cadangan di laman web khas belanjawan2020.treasury.gov.my dan menggunakan tanda pagar #belanjawan2020 di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Guan Eng berkata, kerajaan menganjurkan Majlis Konsultasi Bajet iaitu forum utama untuk pelbagai pihak mewakili sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi menyumbang idea dan cadangan konstruktif untuk dipertimbang sebagai input dalam merangka strategi dan langkah berkaitan belanjawan.

"Di samping itu, beberapa siri konsultasi kumpulan fokus akan turut diadakan bersama kerajaan negeri seperti Johor, Kedah, Perak dan Sabah serta kementerian bermula esok," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!