Mahu ubah persepsi terhadap Kementerian Kerja Raya
SHAH ALAM - Menteri Kerja Raya, Baru Bian menegaskan pihaknya komited mengubah persepsi negatif rakyat terhadap kementeriannya dengan melaksanakan beberapa pembaharuan.
Bercakap pada program Bicara Minda Sinar Harian di sini petang tadi, Baru mengakui beliau menyedari wujudnya pelbagai persepsi berkaitan kementerian dipimpinnya.
“Bagi orang awam, ada banyak persepsi mengenai Kementerian Kerja Raya. Dalam kita masuk ke arah Teknologi Maklumat, kita akan beri tumpuan kepada cara kita lakukan kerja.
“Yang penting, kita nak persepsi yang kata kita tidak begitu efisien berubah. Ini adalah cabaran yang sangat besar. Kita perlu lakukan kerja secara berbeza.
“Kita perlu selesaikan kerja secepat mungkin di samping menjimatkan kos. Begitupun, kita perlu selesaikan kerja dengan sempurna,” katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan penonton Bicara Minda Sinar Harian di Auditorium Karangkraf di sini petang tadi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!