Perlahan azan: Masjid minta penjelasan kerajaan negeri
PONTIAN - Jawatankuasa Masjid Nurul Iman, Kayu Ara Pasong meminta kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung isu penularan surat meminta memperlahankan bunyi pembesar suara yang dikaitkan dengan masjid berkenaan.
Pengerusinya, Abdul Salam Ahmad Shah berkata, penjelasan tersebut akan menerangkan situasi sebenar agar tidak berulang kepada masjid-masjid lain di negeri ini kelak.
"Kami pihak jawatankuasa masjid akan adakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan tindakan yang akan diambil dengan nasihat ketua kampung dan penghulu.
"Pada Selasa lepas, saya ada berjumpa dengan kadi daerah, tetapi hanya perbincangan biasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Terdahulu tular surat meminta Masjid Nurul Iman Kampung Melayu Kayu Ara Pasong memperlahankan bunyi pembesar suara lorong luar ketika azan berkumandang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!