Umie simpati nasib 26 jemaah haji terkandas
Pelakon filem Dukun itu berkongsi luahannya menerusi Instastory akaunnya pada Khamis, pagi tadi.
“Sama-sama kita mendoakan 26 jemaah yang terkandas, ALLAH berikan rezeki tahun depan untuk mengerjakan ibadah haji dan memberikan ganjaran atas kesabaran melalui ujian ini. Amin,” coretnya.
Umie dan suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang pertama kali menunaikan rukun kelima, ibadah haji yang kini berada di Makkah turut memanjatkan doa agar semuanya dipermudahkan.
“Semoga ALLAH berikan kesihatan yang baik dan kesabaran kepada kita semua jemaah haji dalam mengerjakan ibadah kepada ALLAH.
“Semoga kita semua mendapat haji mabrur. Amin,” akhirinya.
Selain Umie, antara selebriti tanah air yang sedang melaksanakan haji ialah Hajjah Neelofa, Wany Hasrita, Amira Othman, Erra Fazira, Ashraf Muslim, dan PU Rizz.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!