Bunuh kuman dengan sinaran UV
JIKA anda seorang yang sangat mementingkan kebersihan, pastinya Sanitizing Travel Wand boleh menjadi pilihan untuk dibawa ke mana-mana.
Gajet yang mudah didapati di pasaran dalam talian itu menggunakan sinaran ultraungu atau ultraviolet (UV) untuk membunuh 99.9 peratus kuman dan bakteria di permukaan.
Sinaran UV itu berupaya untuk membasmi dan mensterilkan kuman di permukaan kerusi, tombol pintu dan alat kawalan jauh atau permukaan tempat tidur hotel dan selimut.
Bukan satu, tetapi banyak reka bentuk ‘tongkat ajaib’ itu muncul di pasaran sekali gus memberikan pengguna pilihan harga dan reka bentuk yang diingini.
Mungkin kesedaran terhadap kebersihan mendorong lebih ramai pengguna untuk memilih gajet yang bagus itu untuk kegunaan seharian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!