Bekas Ahli Parlimen Sibuti meninggal dunia

 Ahmad Lai Bujang
Ahmad Lai Bujang
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Sibuti, Datuk Ahmad Lai Bujang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur awal pagi ini.

Jenazah Allahyarham Ahmad Lai, 70, menghembuskan nafas terakhir pada 5.30 pagi dan akan dibawa pulang ke Miri untuk urusan pengebumian petang ini.

Allahyarham ialah bekas Ahli Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) selepas menewaskan calon PKR, Dr Micheal Teo Yu Keng.

Pada PRU13, beliau mempertahankan kerusi itu selepas menewaskan calon Pas, Muhammad Zaid Tandang.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!