Atasi jerawat dengan bahan alami

A
A
A

JERAWAT bukan hanya menjadi golongan remaja. Kadangkala ia juga kerap 'menyerang' wanita yang berusia.

Pernahkah anda mengalami masalah jerawat tumbuh pada bahagian paling menonjol pada wajah? Pasti pelbagai cara yang anda lakukan untuk menghilangkannya.

MASALAH jerawat turut dihadapi oleh wanita berusia.
MASALAH jerawat turut dihadapi oleh wanita berusia.

Jerawat tumbuh disebabkan:

- Pengambilan makanan berminyak dan makanan ringan memudahkan kulit ditumbuhi jerawat.

- Keturunan dan faktor kotoran boleh menyebabkan wajah ditumbuhi jerawat, baik pada wanita ataupun lelaki.

- Penggunaan produk kosmetik secara berlebihan dan cucian wajah yang tidak teratur boleh menyebabkan jerawat tumbuh pada bahagian wajah dan leher.

- Jerawat kecil yang tumbuh di sekeliling wajah terutamanya pada bahagian yang dilitupi hijab boleh menyebabkan jerawat sekiranya tidak dibersihkan dengan betul. Selain pilihan fabrik sesuai kunci utama penjagaannya.

Artikel Berkaitan:

Masalah jerawat boleh dirawat di rumah menggunakan bahan yang ada di dapur antaranya:

1. Bawang putih

Rawatan semula jadi untuk merawat jerawat. Ia mengandungi antikulat, antivius dan antiseptik. Sulfur yang terkandung dalam bawang putih membantu memulihkan jerawat dengan berkesan.

Caranya, belah bawang putih menjadi dua bahagian. Gunakan bahagian bucu untuk disapukan pada jerawat. Biarkan seketika dan cuci wajah dengan air suam.

2. Pes serbuk kunyit

KUNYIT boleh mengurangkan pengeluaran jerawat pada kulit.
KUNYIT boleh mengurangkan pengeluaran jerawat pada kulit.

Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang akan melawan bakteria penyebab jerawat serta mengurangkan pengeluaran jerawat pada kulit.

Caranya, ambil satu sudu besar serbuk kunyit dan campurkan dengan beberapa titisan air untuk menjadikan pes pekat. Kemudian, sapu pada jerawat dan leher, biarkan beberapa minit. Bilas dengan menggunakan air sejuk. Ulangi proses ini selama lima hingga enam hari agar ia dapat mengurangkan jerawat.

3. Lidah buaya

Kandungan polifenol berperanan untuk menghilangkan jerawat.

Caranya ambil gel lidah buaya jadikan sebagai masker, biar selama 30 minit kemudian bilas dengan air bersih.

4. Putih telur

Bahan enzim lysonzim yang terkandung dalam putih telur mampu untuk menghilangkan jerawat.

Caranya ambil putih telur dan tambah dengan perahan lemon, kemudian sapu secara rata pada wajah. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air bersih.

5. Jus lemon

JUS lemon kaya vitamin C mampu mengeringkan jerawat.
JUS lemon kaya vitamin C mampu mengeringkan jerawat.

Cara paling mudah dan cepat untuk menyembuhkan jerawat adalah dengan menggunakan jus perahan lemon. Ia kaya dengan vitamin C dan membantu mengeringkan jerawat.

Caranya, ambil ekstrak dua sudu besar jus lemon dan serapkan pada kapas, kemudian sapu bahagian wajah. Biarkan selama 20 minit dan cuci wajah. Ulangi proses itu dua atau tiga kali sehari sehingga anda boleh melihat kesannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!