Paras air empangan mula susut
Cyberjaya - Paras air sungai dan empangan di beberapa negeri di selatan tanah air merekodkan penurunan berikutan cuaca panas dan kering serta situasi jerebu.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Chales Santiago berkata, walaupun merekodkan penurunan, empangan yang membekalkan sumber air untuk loji rawatan air masih lagi dalam keadaan terkawal
"Sebagai badan kawal selia, SPAN sentiasa memantau rapi keadaan bekalan air yang dibekalkan kepada pengguna terutama semasa cuaca tidak menentu ini.
Pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berhemat ketika menggunakan air termasuk pada musim perayaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, pengguna juga dinasihatkan mengelak pembaziran supaya sumber air yang ada akan dapat bertahan lebih lama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!