Noh bakal bawa luahan peniaga ke Parlimen

Noh memuat naik hantaran di Facebook beliau.
Noh memuat naik hantaran di Facebook beliau.
A
A
A

TANJONG KARANG - Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar akan membawa isu hasil jualan merosot dan harga barangan makin tinggi yang menjadi keresahan peniaga Pasar Tanjong Karang ke sidang Parlimen, Oktober depan.

Noh berkata, rata-rata peniaga di Pasar Tanjong Karang merungut berikutan hasil jualan mereka merosot di samping harga semakin tinggi.

"Rungutan peniaga itu akan dibawanya dalam sidang Parlimen pada Oktober depan.

"Saya rasa sedih bila peniaga mengadu tentang jualan yang menurun di samping harga barang yang semakin mahal," katanya yang memuat naik hantaran di Facebook beliau.

Noh berkata, kunjungannya di pasar itu disambut baik peniaga di pasar yang masih mengenang jasanya sebagai pemimpin di kawasan itu.

"Saya rasa sangat terharu dan serba salah kerana sejak dari dulu peniaga Melayu dan Cina enggan menerima duit bayaran (belian) sayur, ikan dan buah-buahan," katanya.

Noh memberitahu, kebanyakan peniaga memuji dan mengucapkan terima kasih sepanjang beliau menggalas jawatan Ahli Parlimen Tanjong Karang.

"Saya sentiasa mendoakan semoga perniagaan mereka lebih maju dan berjaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Status itu mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengendali media sosial lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!