Menteri Luar Jordan kritik Israel lulus pembinaan perumahan baharu

Kira-kira 650,000 penduduk Yahudi kini tinggal di lebih 100 petempatan yang dibina sejak 1967 apabila Israel menduduki Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Kira-kira 650,000 penduduk Yahudi kini tinggal di lebih 100 petempatan yang dibina sejak 1967 apabila Israel menduduki Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
A
A
A

AMMAN - Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi mengkritik Israel kerana meluluskan pembinaan perumahan baharu di kawasan yang diduduki di Tebing Barat.

Menurut Safadi, kelulusan rejim Zionis untuk pembinaan sejumlah 2,300 kediaman baharu adalah satu langkah unilateral dan wajar dikutuk.

"Komuniti antarabangsa perlu mengamalkan sikap yang akan memberi tekanan kepada Israel bagi menghentikan amalannya yang menjejaskan usaha dan peluang ke arah perdamaian,” tulis Safadi di Twitter.

Safadi berkata, petempatan baharu serta tindakan memusnahkan rumah penduduk Palestin memantapkan lagi pendudukan rejim Zionis dan menyebabkan langkah untuk mencapai keamanan menyeluruh adalah sesuatu yang mustahil.

Kira-kira 650,000 penduduk Yahudi kini tinggal di lebih 100 petempatan yang dibina sejak 1967 apabila Israel menduduki Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Undang-undang antarabangsa melihat Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sebagai 'wilayah-wilayah yang diduduki' serta menganggap semua aktiviti pembinaan petempatan Yahudi di kawasan itu sebagai tidak sah. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!