Solat hajat mohon Nora Anne ditemui

Solat hajat di Masjid Kariah Pantai memohon supaya operasi mencari dan menyelamat Nora Anne dipermudahkan.
Solat hajat di Masjid Kariah Pantai memohon supaya operasi mencari dan menyelamat Nora Anne dipermudahkan.
A
A
A

SEREMBAN - Kira-kira 300 jemaah mengadakan solat hajat di Masjid Kariah Pantai memohon operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hilang, Nora Anne Quoirin,15, yang memasuki hari keenam dipermudahkan.

Imam II Masjid Kariah Pantai, Mohd Taufik Awaludin, 63, berkata, upacara solat hajat mencari orang hilang itu pertama kali dilakukan sejak beliau menjadi imam di masjid itu dua tahun lalu.

Menurutnya, kejadian orang hilang biasa berlaku di kawasan tersebut, namun tidak mengambil masa yang terlalu lama seperti ini.

"Ini kali pertama kita lakukan solat hajat mencari orang hilang, biasanya kalau hilang mereka akan jumpa dalam tempoh dua atau tiga hari.

Che Zakaria mengucapkan terima kasih kepada Imam Masjid Pantai yang mengimamkan solat hajat mencari mangsa hilang, Nora Anne hari ini.
Che Zakaria mengucapkan terima kasih kepada Imam Masjid Pantai yang mengimamkan solat hajat mencari mangsa hilang, Nora Anne hari ini.

"Apa pun kita ikhtiar dan meminta pertolongan serta memohon kepada ALLAH SWT agar usaha pencarian ini dipermudahkan.

"Semoga keluarga Nora Anne bersabar dengan ujian yang diberi. Ini adalah ujian tuhan, bersabar dan percaya dengan apa yang berlaku," katanya.

Beliau ditemui selepas solat hajat mencari mangsa hilang, Nora Anne Quoirin di Masjid Pantai dekat sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Turut serta solat hajat tersebut, Timbalan Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman dan Ketua Polis Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar serta anggota SAR.

Jemaah mengaminkan doa selepas mengadakan solat hajat di Masjid Kariah Pantai hari ini.
Jemaah mengaminkan doa selepas mengadakan solat hajat di Masjid Kariah Pantai hari ini.

Mohd Taufik berkata, pihaknya melihat kepada keperluan untuk melakukan solat hajat pada masa akan datang, jika difikirkan perlu akan dilaksanakan.

Sementara itu, pihak berkuasa terus meningkatkan usaha dengan mengedarkan gambar Nora Anne yang disertakan dengan butiran seperti nama penuh, umur, nombor pasport dan tarikh hilang, dalam sekatan jalan raya.

Selain itu, gambarnya turut ditampal di kawasan tumpuan awam antaranya di masjid, stesen bas dan premis kedai makan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!