UMNO Pekan gesa polis selesaikan kes tembak

Polis menjalankan siasatan sebaik sahaja laporan dibuat pada dua tahun lalu. (Gambar kecil, kesan tembakan pada dinding kaca bangunan UMNO Pekan)
Polis menjalankan siasatan sebaik sahaja laporan dibuat pada dua tahun lalu. (Gambar kecil, kesan tembakan pada dinding kaca bangunan UMNO Pekan)
A
A
A

KUANTAN - UMNO Bahagian Pekan menaruh keyakinan penuh terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan berhubung kes ancaman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlaku pada November 2017.

Pada 13 November 2017, UMNO bahagian tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian tembakan yang mengenai dinding kaca bangunan UMNO Pekan dipercayai ancaman kepada Najib seperti didedahkan Najib ketika wacana penerangan UMNO pada 7 Ogos lalu.

Sumber UMNO Bahagian Pekan berkata, kejadian tembakan dipercayai berlaku di antara 11 atau 12 November 2017 ketika cuti hujung minggu dan hanya disedari pada 13 November.

"Setiausaha kerja UMNO Pekan telah membuat laporan polis pada 13 November. Siasatan polis menemui dua kesan tembakan iaitu di tingkat empat dan satu lagi pada dinding kaca tingkat lima," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib dedah pejabatnya pernah terima ancaman peluru

Berikutan kejadian itu, bilik-bilik yang terkena tembakan disita dan UMNO Bahagian Pekan berharap pihak polis meneruskan siasatan.

Pihaknya tetap menaruh keyakinan penuh PDRM mampu menjalankan siasatan sekali gus menyelesaikan kes tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!