Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat tiba lawatan ke Pulau Pinang

 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
A
A
A

GEORGETOWN - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 1.45 petang disambut Yang Dipertuan Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff.

Baginda berdua dalam rangka lawatan dua hari di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman turut hadir menyambut ketibaan Yang Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Perak.

Sejurus tiba, bacan doa dilaksanakan Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor.

Baginda berdua kemudiannya berangkat Ke Hotel Equotarial, Bayan Lepas di sini sebelum acara pada sebelah petang dimulakan.

Pada sebelah petang, baginda berdua berkenan menerima menghadap Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Pada sebelah malam pula, baginda berdua akan diraikan oleh kerajaan negeri pada Majlis Santapan Malam yang dijangka turut dihadiri Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat, baginda turut berkenan untuk mengurniakan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Pengerusi Masjid Jamek Sungai Gelugor selepas menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut sebelum berangkat bersama Tuanku Zara ke ibu negara. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!