Warga emas maut dirempuh lori ketika melintas jalan

Mangsa mengalami kecederaan serius di kepala maut selepas dirempuh sebuah lori ketika melintas jalan di Kampar hari ini. - Foto IHSAN PEMBACA
Mangsa mengalami kecederaan serius di kepala maut selepas dirempuh sebuah lori ketika melintas jalan di Kampar hari ini. - Foto IHSAN PEMBACA
A
A
A

KAMPAR - Seorang lelaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah lori ketika melintas jalan di Kilometer 36.9, Jalan Ipoh - Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, mangsa, Sam Chee Tuck, 61, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki berusia 41 tahun itu dalam perjalanan menuju ke Ipoh.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa tiba-tiba melintas jalan menyebabkan pemandunya tidak sempat brek lalu melanggar mangsa.

“Mangsa disahkan maut oleh pasukan perubatan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk proses bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, punca kematian adalah disebabkan kecederaan serius akibat dirempuh kenderaan.

“Tiada tangkapan dilakukan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!