Mayat bayi dengan kesan lebam ditemukan di loji kumbahan

Bayi perempuan dengan kesan lebam ditemui di tepi jalan sebuah loji rawatan kumbahan di Taman Kinrara, Seksyen 1, di sini hari ini.
Bayi perempuan dengan kesan lebam ditemui di tepi jalan sebuah loji rawatan kumbahan di Taman Kinrara, Seksyen 1, di sini hari ini.
A
A
A

SERDANG - Mayat bayi perempuan dengan kesan lebam ditemukan di tepi jalan sebuah loji rawatan kumbahan di Taman Kinrara, Seksyen 1, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Mohd Rusdi Daud berkata, penemuan itu dimaklumkan kepada pihaknya kira-kira pada jam 1.18 petang.

Menurutnya, bayi yang dianggarkan berusia antara lapan hingga sembilan bulan itu ditemui seorang pemandu lori yang melalui jalan itu.

Bayi perempuan dengan kesan lebam ditemui di tepi jalan sebuah loji rawatan kumbahan di Taman Kinrara, Seksyen 1, di sini hari ini.
Bayi perempuan dengan kesan lebam ditemui di tepi jalan sebuah loji rawatan kumbahan di Taman Kinrara, Seksyen 1, di sini hari ini.

"Pemeriksaan awal pada bayi tersebut mendapati terdapat kesan suntikan Bacillus Calmette Gurrain (BCG) di lengan kirinya.

“Polis turut menemui beberapa kesan lebam di bahagian kaki, lengan dan kepala bayi terbabit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Rosdi berkata, mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan masih dijalankan daripada pelbagai sudut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh melaporkan di mana-mana balai polis terdekat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!