Bekas Presiden Kyrgyzstan diberkas

Almazbek Atambayev
Almazbek Atambayev
A
A
A

BISHKEK - Bekas Presiden Kyrgyzstan, Almazbek Atambayev diberkas dalam serbuan dramatik di kediamannya yang turut mengakibatkan seorang anggota keselamatan terbunuh lewat Rabu lalu.

Atambayev, 62, akhirnya menyerah diri dan kini ditahan di ibu pejabat Perkhidmatan Keselamatan Negara (GKNB) sejak semalam.

Media tempatan melaporkan lebih 80 individu juga cedera dalam operasi tersebut.

Pihak berkuasa di negara bekas Soviet di Asia Tengah itu telah beberapa kali cuba untuk memberkas Atambayev atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Bekas pemimpin yang berkhidmat dari 2011 hingga 2017 dilucutkan kekebalan yang melindungi daripada sebarang pendakwaan pada Jun lalu.

Atambayev bagaimanapun menafikan segala tuduhan itu sebaliknya menuduh penggantinya, Sooronbay Jeenbekov, menyalahgunakan kuasa. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!