Westlife tampil persembahan bertenaga

No Image Caption
A
A
A

BERTENAGA dan menghiburkan.

Begitulah yang dapat penulis simpulkan mengenai konsert Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ in Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 7,000 penonton di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, malam tadi.

Kumpulan yang dianggotai oleh Shane Filan, Mark Feehily, Nicky Bryne dan Kian Eagan itu mengotakan janji mereka untuk meninggalkan satu memori manis buat peminat yang setia menyokong mereka sejak 22 tahun lalu.

No Image Caption

"Tanpa kamu, kami bukan sesiapa. Semoga malam ini menjadi memori terindah buat kamu dan pastinya kami juga.

“Terima kasih atas sokongan kamu dan terima kasih kerana membuatkan kami sentiasa diraikan setiap kali berkunjung ke sini,” ujar Shane mewakili anggota yang lain.

Konsert yang bermula tepat jam 8.40 malam itu dimulakan dengan lagu Hello My Love, diikuti lagu Swear It Again, What About Now, My Love dan When You're Looking Like That.

Tidak hanya tampil dengan vokal mantap dan merdu, keempat-empat anggota ini secara bergilir-gilir menyapa peminat di dalam arena dan sesekali berlari-lari ke penjuru pentas, bagi memastikan ke semua yang hadir dapat melihat mereka dari jarak dekat.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Malah apabila tiba lagu rancak, keempat-empat mereka dilihat cukup bertenaga biarpun masing-masing berusia 39-40 tahun.

Westlife akan menghiburkan kira-kira 14,000 di Kuala Lumpur; di mana 7,000 pada konsert hari pertama semalam dan baki 7,000 pada konsert hari kedua, malam ini di lokasi sama.

Siri jelajah Westlife di seluruh dunia sempena meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan kumpulan itu.

No Image Caption

Selain itu, mereka turut tampil dengan seleksi lagu-lagu hit seperti Uptown Girl, If I Let You Go, Better Man, I Have a Dream, Unbreakable, Fool Again, You Raise Me Up dan Flying Without Wings.

Bukan itu sahaja, Westlife juga turut mendendangkan lagu baharu mereka iaitu Better Man dan Dynamite, yang juga dipetik daripada album ke-11 iaitu Spectrum, yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Kumpulan itu cukup popular pada penghujung 1990-an dan pada tahun 2012, kumpulan itu dibubarkan manakala seorang anggotanya iaitu Brian McFadden sudah terlebih dulu keluar daripada Westlife pada 2004.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!