Ribut badai beberapa daerah di Kedah

Banyak pokok tumbang akibat kejadian ribut di Langkawi.
Banyak pokok tumbang akibat kejadian ribut di Langkawi.
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Lapan daerah di Kedah dilanda ribut sekitar jam 8 malam tadi.

Angin kencang diikuti hujan lebat berlaku di beberapa lokasi sekitar Kota Setar, Kubang Pasu, Langkawi, Yan, Pendang, Padang Terap, Sik dan Kulim.

Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah memaklumkan, 103 anggota dikejarkan ke lapan daerah terlibat ribut yang berlaku antara jam 8.45 malam hingga 9.10 malam itu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, Langkawi antara daerah terjejas teruk, melibatkan enam mukim iaitu Kedawang, Bohor, Padang Mat Sirat, Ayer Hangat, Kuah dan Ulu Melaka.

Banyak pokok tumbang akibat kejadian ribut di Langkawi.
Banyak pokok tumbang akibat kejadian ribut di Langkawi.

"Hujan lebat serta angin kencang bermula sekitar jam 8 malam menyebabkan beberapa buah rumah dan kenderaan ditimpa pokok," katanya.

Menurutnya, berlaku kesesakan lalu lintas apabila jalan-jalan utama turut dihalang pokok tumbang akibat ribut kerana menghalang laluan.

Ahmad Shahfikri berkata, setakat ini tiada laporan kecederaan atau kemalangan dilaporkan.

Artikel Berkaitan:

"Buat masa ini, tiada pusat pemindahan dibuka," katanya.

Menurutnya, sembilan buah rumah rosak akibat ribut iaitu empat buah di Kampung Ranggut, dan masing-masing satu di Kampung Kubang Badak, Kampung Perana, Kampung Kelibang, Kampung Bohor Chantik serta Kampung Padang Kandang.

"Sebuah surau turut alami kerosakan di Kampung Ranggut," katanya.

32
32

Sementara itu, Pegawai Bencana, Operasi dan Latihan APM Langkawi, Leftenan (PA) Azamsah Apearel berkata, operasi masih berjalan dan pihaknya menerima 10 panggilan sekitar jam 8 malam tadi.

"Tiga pasukan dengan 25 anggota dan pegawai dikerahkan ke Pantai Chenang, Padang Mat Sirat dan Kedawang'" katanya.

Menurutnya, cuaca kini sudah reda dan keadaan terkawal.

Azamsah turut mengesahkan video ribut yang tular adalah benar dan ia berlaku di Pantai Chenang berdekatan Chenang Mall.

Berdasarkan video berdurasi 1.03 minit menunjukkan pusaran angin kencang hingga menerbangkan beberapa barangan menyebabkan orang ramai menjerit menyelamatkan diri.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan berlaku ribut petir di beberapa kawasan di Kedah, pada sebelah malam dan dijangka berlarutan hingga lewat malam ini.

Kedah mengalami cuaca panas terik sejak lebih seminggu lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!