Perlis dilanda hujan lebat, angin kencang

Foto: Bernama
Foto: Bernama
A
A
A

KANGAR - Hujan lebat disertai angin kencang melanda Perlis hampir sejam bermula kira-kira pukul 8.00 malam ini, mengakibatkan banyak bangunan, premis kediaman dan perniagaan khemah-khemah perniagaan rosak.

Beberapa kejadian pokok tumbang serta kabel elektrik melintang di tengah jalan raya di samping kemalangan-kemalangan kecil turut dilaporkan berlaku.

Tinjauan mendapati gerai-gerai dan khemah di Dataran 350 di Kangar yang didirikan untuk peniaga sempena Hari Raya Haji musnah dipukul angin kuat, dan sehingga pukul 10 malam ini hujan lebat yang disertai angin kuat masih berlaku di bandar Kangar.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam yang dihubungi berkata anggota-anggota agensi itu telah dikerah membantu mangsa dan membersihkan jalan-jalan yang terhalang oleh pokok-pokok yang tumbang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan gambaran penuh kerosakkan yang berlaku ketika ini.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!