Enam maut termasuk lima sekeluarga
ALOR GAJAH - [DIKEMASKINI] Enam individu termasuk lima sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan dua pacuan empat roda (4x4) dan sebuah lori dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ) Jelatang di sini malam tadi.
Kesemua mangsa maut di lokasi akibat tersepit dalam kejadian jam 9.40 malam yang membabitkan 4x4 jenis Mitsubishi Triton, Isuzu D-Max dan sebuah treler tanpa muatan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, ima sekeluarga menaiki Isuzu D-MAX manakala Mitsubishi Triton dinaiki bapa dan seorang anak perempuan.
“Sebelum kejadian treler dan Isuzu D-Max dalam perjalanan dari arah Melaka menghala Simpang Ampat manakala Mitsubishi Triton dari arah bertentangan.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki bapa dan anaknya terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung pacuan empat roda dinaiki lima sekeluarga," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, pertembungan itu menyebabkan Mitsubishi Triton terbabas di bahu jalan.
“Enam mangsa termasuk seorang murid dan pelajar sekolah maut dilokasi manakala penumpang Mitsubishi Triton parah.
“Mangsa yang tersepit dibawa keluar dengan bantuan pasukan bomba dan kesemua mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat," katanya.
A Asmadi berkata, mangsa yang parah turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut namun identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!