50 peratus kes gangguan elektrik akibat tempias Taufan Lekima pulih

Kakitangan TNB sedang melakukan kerja baik pulih elektrik di tiga negeri di utara akibat ribut tempias Taufan Lekima.
Kakitangan TNB sedang melakukan kerja baik pulih elektrik di tiga negeri di utara akibat ribut tempias Taufan Lekima.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya memulihkan 650 daripada 1,595 kes gangguan bekalan elektrik di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang berikutan tempias Taufan Lekima malam tadi.

TNB dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja baik pulih sistem bekalan elektrik telah dilakukan secara berperingkat sejak jam 8.27 malam tadi terutamanya di kawasan yang melibatkan keselamatan orang ramai.

“Kerja-kerja baik pulih sedang dan masih giat dilakukan dalam memastikan semua 1,595 aduan yang diterima kembali mendapat bekalan elektrik,” katanya, di sini hari ini.

Dalam pada itu, TNB turut menasihati orang ramai untuk tidak menyentuh mana-mana wayar elektrik yang terjatuh akibat ribut malam tadi.

“Untuk langkah-langkah keselamatan, orang ramai dinasihati tidak tidak menyentuh wayar yang tergantung atau terjatuh bagi mengelakkan kejadian renjatan elektrik,” katanya.

Tiga negeri di utara paling teruk dibadai ribut malam tadi dipercayai tempias daripada Taufan Lekima yang terlebih dahulu melanda Taiwan dan beberapa bahagian di China.

Ribut malam tadi terlebih dahulu membadai Pulau Langkawi sekitar jam 8 malam sebelum bergerak ke Kedah dan Pulau Pinang.

Angin kencang bersama hujan lebat menyebabkan suasana di Jalan Pantai Chenang, Langkawi menjadi kelam-kabut apabila bumbung zink dan papan tanda kedai diterbangkan sehingga menghempap kerusi meja di luar deretan kedai.

Artikel Berkaitan:

Beberapa rakaman video mengenai kejadian ribut di Langkawi turut tular malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ribut badai beberapa daerah di Kedah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!