Umno tak pernah hina Pas

Md Alwi Che Ahmad
Md Alwi Che Ahmad
A
A
A

KOTA BHARU - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Md Alwi Che Ahmad kesal dengan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyifatkan Umno sudah tiada masa depan dan wajar dibubarkan.

Beliau yang juga Adun Kok Lanas berkata, ketika Pas sendiri dilanda masalah dahulu dengan sebahagian besar pemimpinnya, Umno tidak pernah mengeluarkan sebarang komen negatif malah turut memberi sokongan.

"Dulu Pas bergelut dengan 'jaguh-jaguh' mereka sendiri seperti Mohamad Sabu, Khalid Samad dan Datuk Salahuddin Ayub tetapi Umno tidak memberi komen negatif malah terus menyokong agar Pas terus relevan.

"Kita tidak pernah hina atau perli Pas termasuk di dalam Dewan Negeri walaupun 'dihentam' dengan secukupnya oleh Datuk Husam Musa. Umno mengambil sikap berdiam diri dan mesra dengan Pas," katanya.

Md Alwi berkata kenyataan yang dikeluarkan okeh Mohd Amar itu sebenarnya cukup 'baik dan ikhlas'," katanya dengan nada sinis.

Menurutnya, Umno sebenarnya sudah membuat keputusan yang jelas di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamad Hassan yang akan kekal sebagai pembangkang dan akan berkerjasama dengan semua parti termasuk Pas (sekiranya parti itu bersetuju) sebagai pembangkang yang berwibawa kepada kerajaan PH sekarang.

"Umno masih mempunyai tiga juta ahli dan 38 Ahli Parlimen serta puluhan Adun. Kami menaruh keyakinan yang tinggi bahawa Umno mampu bangkit kembali," katanya.

Selain Mohd Amar, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui satu temuramah sepetang bersama Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dublin, Ireland, baru-baru ini menyifatkan Umno sebagai bahtera yang sudah bocor dan Pas tidak mungkin bergabung dengan parti itu.

Artikel Berkaitan:

Tambah Abdul Hadi lagi, gabungan dengan parti sedemikian hanya akan menambahkan kesulitan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!