Ribut: 560 rumah rosak di Kedah

Sebahagian kubah besar masjid tercabut akibat ditiup taufan Lekima yang melanda utara di Masjid Umar Al-Khattab, Jitra semalam. - Foto BERNAMA
Sebahagian kubah besar masjid tercabut akibat ditiup taufan Lekima yang melanda utara di Masjid Umar Al-Khattab, Jitra semalam. - Foto BERNAMA
A
A
A

ALOR SETAR - Kira-kira 560 buah rumah mengalami pelbagai kerosakan termasuk bumbung tercabut diterbangkan angin kuat di 11 daerah di Kedah akibat kejadian ribut malam tadi setakat 4 petang ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Norhafifi Ismail berkata, daerah yang terlibat itu meliputi Baling, Yan, Langkawi, Kuala Muda, Sik, Kota Setar, Pendang, Padang Terap, Kubang Pasu, Kulim dan Pokok Sena.

Beliau berkata, rumah yang paling banyak rosak adalah di daerah Kulim dengan mencatatkan 119 buah dan disusuli 111 rumah di Baling.

“Hospital Sik juga rosak antaranya di bahagian bumbung dan siling wad 3, lampu jalan dan tempat letak kereta serta dahan pokok patah berdekatan penjaga keselamatan.

"Kos pembaikan dianggarkan RM10,000,” katanya dalam satu kenyaatan ringkas hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!