Hospital Keningau bakal miliki bangunan tambahan pusat hemodialisi

Hospital Keningau - Foto sumber internet
Hospital Keningau - Foto sumber internet
A
A
A

KENINGAU - Sebuah bangunan tambahan pusat hemodialisis Hospital Keningau bernilai RM1.7 juta akan dibina tahun ini dan dijangka siap tahun depan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, bangunan seluas 3,240 kaki persegi yang akan beroperasi 24 jam itu mampu menampung keperluan kira-kira 100 pesakit dan menempatkan 20 buah mesin hemodialisis.

"Ini adalah satu kolaborasi antara Jabatan Kesihatan Sabah dengan Yayasan Tzu-Chi," katanya selepas majlis pecah tanah projek Pusat Dialisis Hospital Daerah Keningau (Projek Lanjutan) di sini hari ini.

Dr Christina berkata, projek itu dibiayai sepenuhnya oleh Taiwan Buddist Tzu-Chi Foundation Malaysia Cawangan Keningau.

Sementara itu, Dr Christina berkata, pesakit buah pinggang di kawasan pedalaman Sabah sehingga kini seramai 128 orang.

"Ramai tidak dapat melakukan saringan kesihatan disebabkan faktor perjalanan jauh tertutama yang tinggal di kawasan luar bandar sehingga penyakit senyap itu tidak disedari sudah berada ditahap kronik," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: