Maqis tumpaskan cubaan bawa masuk susu tepung dari Jerman
PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya mengagalkan cubaan membawa masuk produk susu tepung diimport dari Jerman tanpa sijil kesihatan yang sah dari negara asal di Zon Perdagangan Bebas KLIA, Sepang, Khamis lalu.
Pengarah MAQIS Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, hasil pemeriksaan pada jam 6.50 petang mendapati 18 kotak susu tepung seberat 180kg diimport tanpa mematuhi syarat.
"Konsainan yang dianggarkan bernilai RM5,134 ini akan ditahan dan disita untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) iaitu tidak mematuhi syarat import. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!