PM zahir ucapan Aidiladha menerusi YouTube

Video Tun Dr Mahathir menzahirkan ucapan Aidiladha kepada seluruh umat Islam menerusi youtube. - Foto Youtube Chedet Official
Video Tun Dr Mahathir menzahirkan ucapan Aidiladha kepada seluruh umat Islam menerusi youtube. - Foto Youtube Chedet Official
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menzahirkan ucapan Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

"Assalamualaikum warramatullahi wabarakatuh. Saya serta isteri saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dan saya harap kita semua gembira dengan perayaan ini dan kita lakukan apa yang dikehendaki oleh agama kita,” katanya.

Ucapan berdurasi kira-kira 42 saat itu disiarkan menerusi media sosial YouTube petang ini.

Umat Islam di Malaysia menyambut Aidiladha pada 10 Zulhijjah, esok. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!