Kapal kargo Malaysia terkandas di timur India

-Foto Twitter Bernama
-Foto Twitter Bernama
A
A
A

NEW DELHI - Sebuah kapal kargo kecil Malaysia yang dalam pelayaran ke pelabuhan Visakhapatnam di India selatan, hilang arah akibat ribut di Teluk Bengal dan hanyut ke arah timur negeri Odisha.

Kapal itu berlabuh berhampiran Tasik Chilika di pantai Odisha dan kini dibaiki selepas mengalami masalah teknikal.

Kapal berkenaan dengan sembilan anak kapal rakyat Malaysia dan seorang warga India, menurut laporan media tempatan pada Sabtu.

Berdasarkan video berita, kapal itu adalah Jin Hwa 32, yang dibina pada 2009 dengan jumlah kasar muatan 150 tan.

Sebelum itu, kapal berkenaan telah memunggah kargo bijih besi dan mineral dari Malaysia di Bangladesh dan sedang dalam perjalanan ke Visakhapatnam untuk mengambil kargo baharu apabila sistemnya tidak berfungsi, menurut laporan itu.

"Kami telah menyemak dokumen mereka dan mendapati anak kapal ke sini kerana masalah teknikal pada kapal," kata seorang pegawai polis di Odisha. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!