Pemandu treler maut dalam kemalangan awal pagi
Turiman Mohd Taha,48, disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian oleh pegawai perubatan sementara pembantu pemandunya, Muhammad Helmi Abdol Jalil, 22, cedera parah bawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.38 pagi dan tiba dilokasi kejadian, lapan minit kemudian.
Menurutnya, difahamkan, kemalangan berlaku akibat terbabas sendiri.
"Tindakan bomba adalah memastikan mangsa tidak tersepit dan membantu pihak hospital dan polis mengalihkan mangsa sebelum dibawa ke hospital," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!