Dua gempa bumi sederhana gegar Bali
BALI - Dua gempa bumi dengan kekuatan 4.9 magnitud menggegarkan kawasan Jembrana, Bali awal pagi ini.
Portal Kompas melaporkan, gempa pertama berlaku kira-kira jam 6.08 pagi berpusat di barat daya Jembrana dengan kedalaman 82 kilometer.
Gempa itu dirasakan di beberapa kawasan seperti Kuta, Jembrana, Denpasar, Jimbaran, Nusa Dua dan Banyuwangi.
Selang 43 minit selepas itu, Bali sekali bergegar dengan gempa kedua berpusat di lokasi sama dengan kedalaman 68 km.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan pihak berkuasa Indonesia berhubung kejadian itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!