Ahli Parlimen Kluang beri penjelasan dakwaan hina tulisan jawi

Gambar kecil, Shu Qi.
Gambar kecil, Shu Qi.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi kesal penerangannya berhubung isu pengenalan tulisan jawi oleh Kementerian Pendidikan dipetik di l;uar konteks oleh pembangkang.

Beliau mendakwa, ucapan tersebut disampaikan dalam satu sesi dialog dengan Persatuan Tiong HJwa di Kluang Jumaat lalu telah diputar belit untuk memainkan sentimen perkauman.

“Ucapan saya telah dirakam tanpa kebenaran oleh seorang pemimpin MCA yang turut hadir. Selepas itu, ucapan tersebut telah dimuat naik di akaun media sosial oleh pemimpin Pemuda MCA dengan komen dalam bahasa Cina yang bermaksud, 'Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi menyokong tulisan Jawi'.

“Rakaman video tersebut kemudiannya dipadamkan selepas cybertrooper UMNO pula memetik sebahagian rakaman itu untuk memfitnah saya menghina jawi.

“Merujuk kepada ucapan saya yang sama, MCA mendakwa saya menyokong tulisan jawi dengan tujuan menghasut orang Cina manakala UMNO pula

mendakwa saya menghina tulisan jawi dengan tujuan menghasut orang Melayu. Begitu terang lagi bersuluh permainan politik jahat mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shu Qi berkata, beliau sebenarnya menerangkan bahawa tulisan Jawi digunakan sebagai sistem tulisan bahasa Melayu secara amnya dan telah digunakan untuk menulis pelbagai jenis bahan bacaan serta tidak terhad kepada penulisan agama Islam sahaja.

“Dalam slaid pertama, saya menerangkan bahawa tulisan Jawi adalah tulisan untuk bahasa Melayu sebelum tulisan Rumi diperkenalkan. Justeru, tulisan Jawi pernah digunakan untuk mengarang kitab agama Kristian pada abad ke-19.

Artikel Berkaitan:

“Slaid kedua pula memberikan contoh bahan-bahan bacaan lain yang menggunakan tulisan jawi, termasuk bahan bacaan pornografi. Gambar ini (yang dilampirkanpada slaid) merupakan buku-buku pornografi zaman dahulu dan sekadar digunakan di sini sebagai contoh gambaran.

“Dalam slaid ketiga pula, saya telah menerangkan bahawa walaupun ada penganut agama Buddha yang menulis kaligrafi bahasa Cina bagi mempersembahkan manuskrip agama Buddha, namun, hampir tiada orang yang akan beranggapan bahawa kaligrafi Cina adalah untuk kegunaan agama Buddha sahaja,” katanya.

Tambahnya, kesemua penerangan yang dibuat itu bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung pengenalan tulisan Jawi oleh Kementerian Pendidikan untuk mata pelajar bahasa Melayu Tahun Empat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!