Tiga mesin ATM diletupkan

Keadaan lokasi tiga mesin ATM yang diletupkan perompak sekitar jam 6.30 pagi tadi.
Keadaan lokasi tiga mesin ATM yang diletupkan perompak sekitar jam 6.30 pagi tadi.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Sekumpulan perompak berjaya melarikan wang kira-kira RM300,000 selepas meletupkan tiga buah mesin ATM AmBank, di Jalan Haji Mustaffa Raja Kemala, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mualim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusuf berkata, menurut makluman pihak bank, mereka baharu sahaja memasukkan wang tunai berjumlah RM300,000 di dalam tiga mesin tunai ATM tersebut petang semalam.

"Kejadian berlaku sekitar jam 6.30 pagi dan ketiga-tiga mesin ATM tersebut rosak dipercayai diletupkan selain cermin pintu ke premis ATM itu juga pecah dan bertaburan di kaki lima bank.

"Siasatan mendapati terdapat kesan cecair bahan kimia di dalam kawasan parkir dipercayai digunakan untuk meletupkan mesin ATM berkenaan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Pasukan polis mengawal di hadapan premis bank berkenaan selepas tiga mesin ATM di letupkan.
Pasukan polis mengawal di hadapan premis bank berkenaan selepas tiga mesin ATM di letupkan.

Menurutnya, polis juga menemui tiga kesan tompokan darah dipercayai milik suspek yang mengalami kecederaan ketika cuba melarikan wang dari bank itu.

"Jumlah kerugian sebenar belum dipastikan lagi dan pihak polis sedang menunggu pihak forensik daripada Ipoh untuk membantu menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia dan keluarga terkejut dan terbangun daripada tidur apabila mendengar bunyi letupan yang kuat berdekatan kediamannya.

Artikel Berkaitan:

Keadaan lokasi tiga mesin ATM yang diletupkan perompak sekitar jam 6.30 pagi tadi.
Keadaan lokasi tiga mesin ATM yang diletupkan perompak sekitar jam 6.30 pagi tadi.

"Saya beranikan diri keluar daripada rumah dan kami terkejut apabila melihat pintu kaca bank pecah selain terlihat beberapa orang berada di hadapan bangunan tersebut.

"Saya lihat mereka seperti kelam kabut mungkin cuba melarikan wang sebelum menaiki sebuah kereta berwarna merah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!