Dua ditemui maut kebakaran rumah kedai

Keadaan bahagian dalam rumah kedai dua tingkat yang terlibat dalam kebakaran pagi tadi.
Keadaan bahagian dalam rumah kedai dua tingkat yang terlibat dalam kebakaran pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua maut manakala tiga yang lain berjaya diselamatkan dalam kejadian kebakaran sebuah rumah kedai di Taman Bukit Indah, di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 4 pagi itu, seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 40-an dan 30-an diselamatkan oleh pihak bomba.

Manakala seorang kanak-kanak berusia enam tahun telah dihantar ke hospital oleh orang awam.

Dua lagi mangsa berumur lingkungan 20-an dan 70-an ditemui telah meninggal dunia di dalam kejadian tersebut.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Inggai anak Bakau berkata, Pusat Gerakan Operasi Johor menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 4.34 pagi.

Menurutnya, enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dihantar, selain bantuan diberikan daripada BBP Larkin dan BBP Skudai dengan kekuatan 28 anggota.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat.

"Dalam kejadian tersebut, terdapat lima mangsa di mana seorang lelaki dewasa berumur lingkungan 40-an dan seorang perempuan dewasa berumur lingkungan 30-an telah diselamatkan

Artikel Berkaitan:

oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pihak ambulan untuk menerima rawatan.

"Terdapat juga seorang kanak-kanak berumur enam tahun telah dihantar ke Hospital Columbia Asia oleh orang awam," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak bomba juga telah menemui dua mangsa perempuan dewasa berumur lingkungan 20-an dan 70-an telah meninggal dunia di dalam kebakaran tersebut.

"Seterusnya pihak bomba telah menyerahkan mangsa yang meninggal dunia kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.Punca dan anggaran kerugian masih di dalam siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!