Syed Saddiq angkat suara rakyat
Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Muda Kelantan, Muhammad Afiqq Noh berkata, pihaknya menyokong penuh tindakan Syed Saddiq yang membawa suara dan desakan rakyat kepada Perdana Menteri melalui memorandum yang diserahkan.
"Saya melihat tindakan yang dilakukan beliau amat tepat dan jelas membawa suara hati rakyat kepada kepimpinan negara. Ini soal pendirian dan suara rakyat, bukan berdasarkan kesimpulan dibuat oleh individu.
"Sepatutnya barisan kepimpinan dalam jemaah menteri menyokong tindakan Syed Saddiq yang jelas tidak bertentangan dengan undang-undang dan dasar," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Menurutnya, Malaysia Baharu dianggap gagal dan tidak perlu berbangga untuk mempamerkan konsep itu kepada khalayak jika isu sebegini gagal ditangani dan dibawa seorang menteri.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!