Ajal pemandu kereta sewa

Mangsa, Nordin Kapas, 72, dari Taman Bahgia Court yang memandu Nissan Sentra meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera di bahagian kaki dan perut.
Mangsa, Nordin Kapas, 72, dari Taman Bahgia Court yang memandu Nissan Sentra meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera di bahagian kaki dan perut.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang pemandu teksi terbunuh selepas kereta dinaiki terbabas dalam kemalangan di Kilometer (KM) 132 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini hari ini.

Kejadian melibatkan dua buah kenderaan iaitu teksi jenis Nissan Sentra dan Proton Preve.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.26 petang itu, mangsa, Nordin Kapas, 72, dari Taman Bahgia Court yang memandu Nissan Sentra meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera di bahagian kaki dan perut.

Pemandu Proton Preve berusia 44 tahun yang bekerja sebagai guru mengalami kecederaan di bahagian perut dan kepala.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila teksi yang dipandu mangsa dari arah Mentakab menuju ke Temerloh terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat mengantuk.

Keadaan kereta Nissan Sentra yang remuk akibat kemalangan itu.
Keadaan kereta Nissan Sentra yang remuk akibat kemalangan itu.

"Teksi itu melanggar bahagian hadapan sebelah kanan Proton Preve terbabit dan warga emas tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu perubatan," katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, pihaknya sedang mengesan saksi bebas kejadian itu dan kedua-dua kenderaan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan masih dijalankan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!